IPOH TT / R&R Sessions

  • Click here to become an Official Member of BMW Club Malaysia Download Form
gOdspEed;452967 said:
firdaus... next week i'll be in kemaman (maybe 12 - 16)... ada masa free?...but i'm afraid i'll have to bring the whole bunch together....since they've never been there...

sor far i have free time avaible for next week.. just cll me if you reach kemaman.. 0126557519..
 
Tazkirah Ramadan

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

MORAL & IKTIBAR

Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had
Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji
Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr
Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus
Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.

RAMADHAN: BULAN MUHASABAH DIRI

Pada dasarnya manusia dijadikan Allah dalam keadaan fitrah. Semasa membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza mengikut faktor pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan. Amat beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran & Sunnah).

Allah amat mengetahui keadaan ini. Justeru, diwajibkan berpuasa setiap tahun bagi setiap individu sebagai satu cara untuk muhasabah, mengukur dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan telah dilakukan dan sejauh mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi begini jarang dapat dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan perlu di'overhaul' setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul' jasmani dan rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek ini merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus pembinaan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya dapat menjalani hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.

Gangguan atau rintangan yang amat mencabar bagi setiap insan ialah syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang utama. Tugas utama dan 'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya untuk menyesatkan manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia supaya akan terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan musuh kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk memukul kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas, kerja dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak memerangkap kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta pertolongan.

Amalan puasa diwajibkan di antara lain ialah untuk memerangi syaitan. Selain berlapar atau menahan diri dari makan dan minum, kita juga dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan dan perkataan. Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Telinga dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari mengeluarkan kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong manakala mata pula dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau diharamkan. Jika dilakukan dengan penuh ketaatan syaitan tidak langsung dapat peluang memeragkap kita di bulan ini. Tambahan pula dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka.

Pendek kata dalam bulan ini, kita mesti menghisab diri dan mengawasi segala tindak laku kita supaya tidak mencemari amalan puasa. Nabi sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan bulan ini dengan bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah keistimewaannya. Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain, maka peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan kecapi kelazatannya sama sekali.

Setelah mempuasakan segala indera kita dari apa yang dilarang oleh Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengaji ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan puasa dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.

Walaupun tidur orang puasa diberikan pahala, namun memperbanyakkan tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan sebagaimana tidak digalakkan makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka memadalah dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan puasa ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa berbuka kita penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita melayan semula kehendak syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa pada hari itu masih samar-samar dan tidak memberi kesan positif. Oleh sebab itu, Nabi saw pernah bersabda ramai orang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Syaitan sangat suka sifat membazir malahan mereka yang membazir dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan kita membeli juadah dan kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir kerana semasa berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang saja.

Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.

ps: Kita telah memasuki 10 mlm terakhir dan diharap semua dapat mwnbuat penambaikan lagi dalam amalan dan suruhan yg wajib keatas diri kita semua dan semoga apa yg kita lakukan pada bulan ramadhan tahun ini dapat diteruskan sehingga bertemu ramadhan di tahun yg hadapan kerana sesungguhnya kita akan sentiasa berada di dalam penyesalan di hari kiamat nanti kerana kita leka skrg ini. Waallahualam
 
salam ramadhan and salam ambang 1 syawal kpd semua teman teman MyBimmer,terutamanya kpd semua geng-geng Bercham Bimmer Rangers...esok komfirm kan...berkumpul di petronas batu gajah perdana 5:30pm (tepat) malam ini TT saya mungkin tidak dpt hadiri atas sebab saya perlu ke tapah utk melihat sebuah kereta mazda miata cabriolet bewarna merah...salam semua teman2...jaga diri hiasi peribadi
p/s bro megatniza...rm50.00 esok saya serahkan di "meeting point"
p/ss bro megatniza : shah dan linda sudah berpakat utk turut serta bersama kita...so...kita akan di temani girlfriend kita :top:
p/sss bro hantubmwe30 sila bawa wang rm50.00 utk duit "collection" juga sedikit bekalan rokok utk saya,terimakasih :smokin:
 
bro megatniza...saya terlupa..bukan rm50.00 yg perlu saya serahkan tetapi rm53.00 spt yg dijanjikan oleh girlfriend saya :wink: :pepsi:
 
bro cm nazri : esok sila bawa spring eibach bersama-sama anda...saya amat meemrlukan spring2 itu secepat mungkin :top: terimakasih :37: :party:
 
untuk semua teman teman MyBimmer,bila kita mahu berbuka puasa di masjid muhibbuddinn shah berhampiran hospital permaisuri bainun?syawal approaching fast,marilah kita beramai-ramai memberi sokongan dan dokongan moral kpd mr prez kita :top: :39: di harap bro megatniza dapat membuat "arrangement" dengan kadar segera
 
Selamat Hari Raya
Lirik Lagu Raya | Fazidah Joned |

Aidil fitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat… Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat… Selamat Hari Raya

Chorus
Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakan hatimu yang duka
Selamat… Selamat Hari Raya

HAPPY 1 SYAWAL BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN MyBimmer
 
Di Ambang Syawal
Lirik Lagu Raya | Rabbani |

Bila tiba hari raya
Syukur kepada Yang Esa
Hari meraikan
Anugerah Allah
Buat yang beriman

Takbir dan tahmid bergema
Penuh gembira dan bangga
Hari kemenangan
Syawal yang bahagia
Hari Raya

Namun hati ini
Pilu mengenangkan
Syahadah yang pergi
Kalamkanlah rahmat
Keampunan dan barakah

Sebulan berlalu
Aku sedih alpa
Beribadat tapi leka
Berpuasa lagi agar kita bersih
Amalanku Oh Tuhan terimalah

Kuinsafi dosa
Pada Maha Esa
Pada ayah juga bonda
Kupohonkan doa
Moga Allah redha
Hamba ini
Oh Tuhan restukanlah

Ya Rabbi…
Restukanlah…
Illahi…
Ampunkanlah
 
pergh!!!! sembang macam meriam buloh!!! jangan tampil cam bunga api cap kucing itam udah....wakakakaka:listen:

Selamat Hari Raya bro Ves dan kawan-kawan
 
Pantun Raye Hehehehehe........

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal ponyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

ps: sapa2 yg terer sila la jangan malu2 jawab pantun 1 semenanjung malaysia ni wakakkakakaka.................
 
gOdspEed;452967 said:
firdaus... next week i'll be in kemaman (maybe 12 - 16)... ada masa free?...but i'm afraid i'll have to bring the whole bunch together....since they've never been there...

sorry bro.. look like cant meet up when u at kemaman, im going offshore on 13( sunday)..
jgn raya dilaut this year.. aduhai....
 
arghhhhh! baru jer bangun tidorzzzz, ngantuk giler - Jumaat 11pm TT at Nasmir till Sabtu 3 am...sahur kat umah pkul 4am.....then basuh keter....pkul 7am trus shoot to KL...shoping sikit-sikit till 4pm...then shoot to Kg Gajah berbuka dan berAMAL ngan anak-anak yatim dan anak-anak NAKAL BMW till 11pm....sambung lagi kat Menara Condong, Teluk Intan pekena mamak Ghulam Rasul till Ahad 1am....shoot balik ke rumah....tiba pada hari Ahad 3am.....the whole perjalanan lebih kurang 25 marhalah, kategori musafir daaaaah....SELAMAT HARI RAYA!!!!...tungguuuuuuuuuuuuuuu:top:
 
shu;454290 said:

Saya tabik sama lu, dan your e46 atas pengorbanan utk turut serta.. Yang lain2 pun terima kasih kerana sama2 meriahkan suasana sampai hilir perak.it's really great drive..
 
enidmira;454395 said:
Saya tabik sama lu, dan your e46 atas pengorbanan utk turut serta.. Yang lain2 pun terima kasih kerana sama2 meriahkan suasana sampai hilir perak.it's really great drive..
wakakakaka mmg giler..aku sampai umah kul 2..konvoi mmg best,tapi lain kali kene hati2 le..selalau nyer dalam keseronokan kita menekan pedal minyak byk perkara yang tak diigini berlaku..kalau nak laju boleh tapi kene ingat le dgn member yang yang x boleh laju (bini/tunang marah)perkara ini kita bentangkan dalam meting akan datang wakakakakakaka:top::top:
 
semalam aku berbuka PUASA di restoran seafood(sebelah rum jungle)meraikan hari lahir bini tersayang aku dgn member dari KL...wakakakakaka..aku diberi peluang merasai kehebatan kete berharga 1.2 FERRARI F430 tahun 2008 berwarna merah..(walaupun owner pelawa bagi kunci pada aku untuk test drive aku dgn hemahnya menolak...wakakakaka dlm hati teringgin gak)memang power berdesup.. tersekat nak telan air liur jap.kete ni memang tak sesuai untuk bersembang atau nak layan radio,suspension kalau dlm kelajuan 80 km/j keras mcm xde absober. dari kokpit nyer boleh terus tengok head injin di belakang..bunyi masyaallah(masuk kampung kene baling batu le jawab nyer)...kami lepak sampai kul 1pg kul 2.05 member sms dah selamat sampai di KL...isskkkk laju nyer..
 
joy46;454414 said:

haha senang je mike, cabut wayar speedo meter, jadi depa tak tau le kelajuan kete, haha, bile deme tanye, cakaple baru 100km/h haha
 
enidmira;454395 said:
Saya tabik sama lu, dan your e46 atas pengorbanan utk turut serta.. Yang lain2 pun terima kasih kerana sama2 meriahkan suasana sampai hilir perak.it's really great drive..

yea memang seronok bro enidmira, bayangkanlah gilenya kita, dari bt gjh perdana pukul 6.35, sampai kg gajah 6.55, sampai perdana v6 twin turbo kale merah tu pun tekan sampai boost cut tak dapat jugak ikut kite, honda accord baru 2.4ivtec pun berpusing2 asap itamnye nak kejo kite haha, tapi bm memang best, bro ves kite time ambil korner kat spg masjid kg gjh kmdian terlanggar kepingan tayar lori yang pecah pon siap boleh drift n selamatkan keter dari berpusing, sempoilah bro ves n sempoilah bmw, kalo keter lain dah lama ke jalan lain haha, sempoi my bimmer ipoh, bt gjh perdana ke kg gjh hanya 20 minit, dr kg gjh ke rmh anak yatim hanya 10 minit, dr rumah ank yatim ke menara condong hanya 15 minit, memang cepat haha, org kg gjh pon sampai tak dpt nak cam no plet kite yang laju2 nie haha,
 
joy46;454417 said:
semalam aku berbuka PUASA di restoran seafood(sebelah rum jungle)meraikan hari lahir bini tersayang aku dgn member dari KL...wakakakakaka..aku diberi peluang merasai kehebatan kete berharga 1.2 FERRARI F430 tahun 2008 berwarna merah..(walaupun owner pelawa bagi kunci pada aku untuk test drive aku dgn hemahnya menolak...wakakakaka dlm hati teringgin gak)memang power berdesup.. tersekat nak telan air liur jap.kete ni memang tak sesuai untuk bersembang atau nak layan radio,suspension kalau dlm kelajuan 80 km/j keras mcm xde absober. dari kokpit nyer boleh terus tengok head injin di belakang..bunyi masyaallah(masuk kampung kene baling batu le jawab nyer)...kami lepak sampai kul 1pg kul 2.05 member sms dah selamat sampai di KL...isskkkk laju nyer..

ye bro joi ferrari tu laju kat highway je, ci bagi jalan yang kite konvoi ari2 haha tau le die, apa2 bmw tetap dhati
 
shu;454290 said:
arghhhhh! baru jer bangun tidorzzzz, ngantuk giler - Jumaat 11pm TT at Nasmir till Sabtu 3 am...sahur kat umah pkul 4am.....then basuh keter....pkul 7am trus shoot to KL...shoping sikit-sikit till 4pm...then shoot to Kg Gajah berbuka dan berAMAL ngan anak-anak yatim dan anak-anak NAKAL BMW till 11pm....sambung lagi kat Menara Condong, Teluk Intan pekena mamak Ghulam Rasul till Ahad 1am....shoot balik ke rumah....tiba pada hari Ahad 3am.....the whole perjalanan lebih kurang 25 marhalah, kategori musafir daaaaah....SELAMAT HARI RAYA!!!!...tungguuuuuuuuuuuuuuu:top:

sempoi bro shu, tapi satu je jangan main laser lagi, sakit mate teman sampe sekarang nie haha
 
hantubmwe30;454530 said:
ye bro joi ferrari tu laju kat highway je, ci bagi jalan yang kite konvoi ari2 haha tau le die, apa2 bmw tetap dhati
tul tu BMW tetap di hati...wakakakakak tapi tengok le video dalam thread nih...( Ferrari F430 Scuderia Novitec Rosso acceleration!!!!!!!!!!!!!!!!! )itu le model nyer ..tak terikut kita bro....nak ikut kene bagi pada abg M6 kita mengerjakan nyer wakakakakaka:top::top:
 
Top Bottom