Menu
Home
Forums
New posts
Search forums
What's new
New posts
Latest activity
Members
Current visitors
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Reply to thread
Click here to become an Official Member of BMW Club Malaysia
Download Form
Home
Forums
General Forums
Member's Meet up
Paka Kuantan TT (East Coast Bimmers)
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Message

Bro Haris,

Adakah ini tempat yang kita hendak pergi?

TEMERLOH 28 Feb. – Lima anak yatim perempuan yang menghuni sebuah rumah kebajikan anak-anak yatim di Temerloh dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) semalam selepas mendakwa mereka didera petugas rumah berkenaan.

Bagaimanapun, hanya seorang sahaja mangsa iaitu yang berumur sembilan tahun masih dirawat di Hoshas, manakala yang lainnya dibenarkan keluar beberapa jam selepas menerima rawatan di wad kecemasan di hospital tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Temerloh, Deputi Supritendan R. Sundralingam berkata, setakat ini polis menerima dua laporan berhubung kes berkenaan daripada dua penjaga kanak-kanak terbabit.

“Kanak-kanak yang berusia lingkungan sembilan hingga 14 tahun itu mendakwa mereka didera kakitangan rumah kebajikan terbabit sejak beberapa minggu lepas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga mengambil keterangan daripada pengurusan rumah berkenaan dan menunggu laporan penuh perubatan daripada Hoshas.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

Sementara itu, Siti Normala Shamsuddin, 47, ibu salah seorang anak yatim yang didakwa didera itu berkata, dia menerima panggilan daripada anaknya semalam sebelum bergegas ke Temerloh.

Siti Normala yang menetap di Puchong, Selangor bertindak membawa anaknya yang berusia 14 tahun itu ke hospital selepas mendapati anaknya mengalami kesan lebam-lebam.

“Saya lihat kesan lebam di lengan dan tangan anak, sebelum ini dia ada mengadu tapi saya buat tak kisah kerana anggap memang salah dia. Namun apabila kerap sangat tengok lebam sana-sini seperti sebelum ini, saya nekad membuat laporan polis,” katanya.

Seorang lagi ibu mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dia dimaklumkan yang anaknya didera sejak setahun lepas.

Sementara itu, jurucakap rumah kebajikan anak-anak yatim itu ketika dihubungi menafikan sekeras-kerasnya berlaku kejadian penderaan terhadap kanak-kanak rumah terbabit.

Menurut jurucakap itu, pelajar terbabit hanya didenda kerana telah melakukan kesalahan yang serius. – BERNAMA

[QUOTE="kojak818, post: 585476, member: 22813"] Bro Haris, [B][COLOR="#FF0000"][I]Adakah ini tempat yang kita hendak pergi?[/I][/COLOR][/B] [IMG]http://i1182.photobucket.com/albums/x452/mohdamrul77/dera.jpg[/IMG] TEMERLOH 28 Feb. – Lima anak yatim perempuan yang menghuni sebuah rumah kebajikan anak-anak yatim di Temerloh dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) semalam selepas mendakwa mereka didera petugas rumah berkenaan. Bagaimanapun, hanya seorang sahaja mangsa iaitu yang berumur sembilan tahun masih dirawat di Hoshas, manakala yang lainnya dibenarkan keluar beberapa jam selepas menerima rawatan di wad kecemasan di hospital tersebut. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Temerloh, Deputi Supritendan R. Sundralingam berkata, setakat ini polis menerima dua laporan berhubung kes berkenaan daripada dua penjaga kanak-kanak terbabit. “Kanak-kanak yang berusia lingkungan sembilan hingga 14 tahun itu mendakwa mereka didera kakitangan rumah kebajikan terbabit sejak beberapa minggu lepas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, polis juga mengambil keterangan daripada pengurusan rumah berkenaan dan menunggu laporan penuh perubatan daripada Hoshas. Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun. Sementara itu, Siti Normala Shamsuddin, 47, ibu salah seorang anak yatim yang didakwa didera itu berkata, dia menerima panggilan daripada anaknya semalam sebelum bergegas ke Temerloh. Siti Normala yang menetap di Puchong, Selangor bertindak membawa anaknya yang berusia 14 tahun itu ke hospital selepas mendapati anaknya mengalami kesan lebam-lebam. “Saya lihat kesan lebam di lengan dan tangan anak, sebelum ini dia ada mengadu tapi saya buat tak kisah kerana anggap memang salah dia. Namun apabila kerap sangat tengok lebam sana-sini seperti sebelum ini, saya nekad membuat laporan polis,” katanya. Seorang lagi ibu mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dia dimaklumkan yang anaknya didera sejak setahun lepas. Sementara itu, jurucakap rumah kebajikan anak-anak yatim itu ketika dihubungi menafikan sekeras-kerasnya berlaku kejadian penderaan terhadap kanak-kanak rumah terbabit. Menurut jurucakap itu, pelajar terbabit hanya didenda kerana telah melakukan kesalahan yang serius. – BERNAMA [/QUOTE]
Verification
Post reply
Home
Forums
General Forums
Member's Meet up
Paka Kuantan TT (East Coast Bimmers)
Top
Bottom