Menu
Home
Forums
New posts
Search forums
What's new
New posts
Latest activity
Members
Current visitors
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Reply to thread
Click here to become an Official Member of BMW Club Malaysia
Download Form
Home
Forums
General Forums
General Discussions
Cooking Gas as car fuel...
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Message

“Kalau saya mati, awak kahwin lagi tak?”

MELAKA: “Kalau saya mati, awak menangis tak? Kalau saya mati, awak kahwin lagi tak?” itu kata-kata yang sempat diluahkan Allahyarham Mohd Hailmi Ishak, 25, kepada isterinya, Norshahirah Zamrin, 23, sehari sebelum meninggal dunia apabila tangki gas memasak yang diubah suai menjadi tangki gas asli kenderaan (NGV) yang dipasang pada vannya tiba-tiba meletup, malam kelmarin.

Mangsa yang berasal dari Kampung Parit Yusof Laut, Parit Sulong, Johor Baru, mendirikan rumah tangga bersama Norshahirah yang berasal dari Telok Mas, dekat sini, awal Julai lalu.

Isterinya juga baru kelmarin disahkan mengandung dua bulan. Bapa mentua mangsa, Zamin Ibrahim, 50, berkata anak keduanya memberitahunya mengenai perubahan yang ditunjukkan allahyarham.

Katanya, mereka berkahwin pada 5 Julai lalu dan usia perkahwinan mereka baru mencecah empat bulan dua hari.

“Anak saya Norshahirah baru disahkan mengandung dua bulan ketika pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, tetapi arwah tahu isterinya hamil walaupun belum pergi membuat pemeriksaan.

“Saya jumpa arwah dua hari lalu ketika dia datang ke tempat saya berniaga. Waktu itu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Anak saya sempat memaklumkan, suaminya bertanya sama ada dia akan menangis atau tidak kalau dia meninggal dunia dan adakah dia akan kahwin lain nanti kalau dia meninggal dunia.

“Anak saya hanya menangis selepas ditanya mengenai perkara itu oleh arwah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka, semalam.

Mohd Hailmi meninggal dunia selepas kaki kirinya hancur dan perut terburai selepas tangki gas memasak yang diubah suai menjadi tangki gas asli kenderaan (NGV) yang dipasang pada vannya tiba-tiba meletup.

Ketika kejadian, dia bersama abangnya Mohd Rosli, 30 dan rakannya, Razali Md Zin,31, mengisi gas di sebuah stesen NGV di Jalan Datuk Seri Md Zin Abd Ghani, Batu Berendam, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.51 malam itu, Rosli dan Razali melecur dan kini dirawat di Hospital Melaka (HM).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, turut meluangkan masa tengah hari semalam untuk menziarahi jenazah serta dua mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .

© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

[QUOTE="SalinaSaad, post: 318346, member: 10517"] [B]“Kalau saya mati, awak kahwin lagi tak?”[/B] MELAKA: “Kalau saya mati, awak menangis tak? Kalau saya mati, awak kahwin lagi tak?” itu kata-kata yang sempat diluahkan Allahyarham Mohd Hailmi Ishak, 25, kepada isterinya, Norshahirah Zamrin, 23, sehari sebelum meninggal dunia apabila tangki gas memasak yang diubah suai menjadi tangki gas asli kenderaan (NGV) yang dipasang pada vannya tiba-tiba meletup, malam kelmarin. Mangsa yang berasal dari Kampung Parit Yusof Laut, Parit Sulong, Johor Baru, mendirikan rumah tangga bersama Norshahirah yang berasal dari Telok Mas, dekat sini, awal Julai lalu. Isterinya juga baru kelmarin disahkan mengandung dua bulan. Bapa mentua mangsa, Zamin Ibrahim, 50, berkata anak keduanya memberitahunya mengenai perubahan yang ditunjukkan allahyarham. Katanya, mereka berkahwin pada 5 Julai lalu dan usia perkahwinan mereka baru mencecah empat bulan dua hari. “Anak saya Norshahirah baru disahkan mengandung dua bulan ketika pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, tetapi arwah tahu isterinya hamil walaupun belum pergi membuat pemeriksaan. “Saya jumpa arwah dua hari lalu ketika dia datang ke tempat saya berniaga. Waktu itu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan. “Anak saya sempat memaklumkan, suaminya bertanya sama ada dia akan menangis atau tidak kalau dia meninggal dunia dan adakah dia akan kahwin lain nanti kalau dia meninggal dunia. “Anak saya hanya menangis selepas ditanya mengenai perkara itu oleh arwah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka, semalam. Mohd Hailmi meninggal dunia selepas [B]kaki kirinya hancur dan perut terburai [/B]selepas tangki gas memasak yang diubah suai menjadi tangki gas asli kenderaan (NGV) yang dipasang pada vannya tiba-tiba meletup. Ketika kejadian, dia bersama abangnya Mohd Rosli, 30 dan rakannya, Razali Md Zin,31, mengisi gas di sebuah stesen NGV di Jalan Datuk Seri Md Zin Abd Ghani, Batu Berendam, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.51 malam itu, Rosli dan Razali melecur dan kini dirawat di Hospital Melaka (HM). Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, turut meluangkan masa tengah hari semalam untuk menziarahi jenazah serta dua mangsa yang cedera dalam kejadian itu. -------------------------------------------------------------------------------- Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online . © Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad [/QUOTE]
Verification
Post reply
Home
Forums
General Forums
General Discussions
Cooking Gas as car fuel...
Top
Bottom